Semalam seorang sahabat di group whatsapp (Nisak Basooir) bertanya tentang matlamat saya belajar Bahasa Arab.
Antara beberapa senarai yang saya tulis tentang matlamat saya (sudah tentu bukan matlamat utama) ialah saya ingin buat tesis (master) saya dalam Bahasa Arab.
Aduhai, bila saya baca semula mesej itu kelihatan tinggi menggunung matlamat itu. Macam tak tercapai dek akal. Saya bukan pelajar aliran agama dan belajar Arab seminggu sekali!
Pengsan!
Kemudian sahabat saya memberi respon “why not”. Menurut saya kembali; “Ya, kenapa tidak!”
Ahh, masih belum difikirkan secara serius. Setakat ini hanya angan-angan dan mimpi.
Banyak lagi yang perlu diusahakan.
Banyak lagi yang perlu diusahakan.
Yang penting sekarang lawan sikap MALAS, berani dan harus terus istiqamah.
6 Mac 2014
No comments:
Post a Comment