[Bahasa dari Langit]
Setelah beberapa tahun belajar Bahasa Arab (dan masih belajar).Saya menyedari bahawa belajar bahasa Arab bukan sekadar untuk faham makna ayat secara literal. Contohnya seperti kita memahami ayat di dalam Bahasa Inggeris-‘The car belongs to Zaid’.
Sudah memadai jika kita faham ayat itu sebagai ‘kereta itu milik Zaid’. Dengan memahami ayat ini kita sudah dianggap mencapai matlamat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.
Tetapi dalam mempelajari Bahasa Arab, dengan memahami makna ayat secara literal kita sebenarnya baru mencapai beberapa % sahaja daripada keseluruhan matlamat belajar Bahasa Arab.
Perkara-perkara seperti inilah membuatkan saya dan kawan-kawan yang sedang berjuang belajar Bahasa Arab ini tenggelam dalam lautan Bahasa yang mengasyikkan.
Pernah satu ketika lebih kurang seminggu kami berbincang dan mencari jawapan tentang satu perkara.
Persoalan tentang ta marbutah (ة) yang berada pada akhiran sesuatu perkataan.
Persoalan tentang ta marbutah (ة) yang berada pada akhiran sesuatu perkataan.
Lazimnya kita mengenal huruf ة pada akhir perkataan, menunjukkan kata nama itu dalam kategori ‘feminine gender’.
Contohnya seperti perkataan مسلمة (muslimah) iaitu wanita Islam. Jika tanpa ة diakhir perkataan iaitu مسلم (muslim) bermakna lelaki Islam.
Ini yang lazim kita ketahui.
Tetapi dalam satu topik yang lain pula tanda ة tidak lagi menunjukkan kepada ‘feminine gender’ secara mutlak. Ia lebih menunjukkan kepada makna ‘tunggal’ (wahdah) dengan memakai istilah isim wahdah atau nomen unitatis.
Contohnya بَقَرٌ bermakna ‘lembu’ secara am iaitu merujuk kepada semua jenis lembu. Apabila
ditambah ة diakhir perkataan بقر itu, menjadi بقرة (baqarah). Namun ia tidak menjadi makna بقرة sebagai lembu betina sebagaimana lazimnya.
ditambah ة diakhir perkataan بقر itu, menjadi بقرة (baqarah). Namun ia tidak menjadi makna بقرة sebagai lembu betina sebagaimana lazimnya.
Sebaliknya بقرة membawa maksud ‘seekor lembu’ kerana ة untuk kumpulan perkataan seperti ini, berfungsi menjadikan perkataan itu bermakna tunggal atau satu.
Sebagai mubtadi (beginner) topik pembelajaran seperti ini mula membuatkan sel-sel otak kami mula berhubung. Ia membawa kepada perbincangan yang agak hangat di ruang ‘whatsapp’.
Persoalan demi persoalan mula timbul.
[+] Jika ة tidak membawa maksud feminine (dari segi organ jantina), jadi mengapa di dalam terjemahan Al-Quran yang biasa kita baca, perkataan بقرة diterjemah sebagai ‘Lembu Betina’?
[+] Jika ia dikatakan sebagai ‘lembu betina’ apakah petunjuk2 atau syawahid lain dalam Al-Quran yang
menyebabkan ia diterjemah sebagai ‘lembu betina’?
Perkara-perka seperti inilah yang buat kami sangat merasakan bahawa Bahasa Arab itu sebagai satu
Bahasa yang sangat unik dan sofistikated. Seperti yang sering saya sebut ‘bahasa Arab benar-benar mengiktiraf keunggulan akal manusia’.
Masih berkisar tentang topik isim wahdah (kata nama tunggal) atau nomen unitatis.
Tidak selesai lagi tentang بقرة, salah seorang daripada kami membawa satu artikel yang menyatakan penemuan sains menemukan hanya nyamuk ‘betina’ yang menggigit dan menyebarkan virus.
Oleh itu ada pengkaji-pengkaji sains mengaitkan penggunaan perkataan بعوضة dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah:26 merujuk kepada ‘nyamuk betina’.
Persoalan yang sama masih timbul kepada mubtadi seperti kami :
[+] ة pada perkataan بعوضة bukanlah secara mutlak merujuk kepada ‘feminine gender’ kerana perkataan
ini juga sama kategori seperti بقرة . بعوضة juga boleh digunakan untuk maskulin.
[+] Jadi kenapa para saintis Islam mengaitkan بعوضة dengan ‘nyamuk betina’? Apakah petunjuk lain dalam ayat Al-Quran tersebut yang membawa kepada ‘nyamuk betina’.
Perbincangan kami menjadi bertambah hangat. Sengaja kami tidak mahu bertanyakan terus kepada guru. Salah satunya kami mahu mencari dahulu jawapan kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada guru kami yang dihormati tanpa membuat kajian dan usaha sendiri.
Di dalam kehangatan perbincangan itulah timbul kata-kata salah seorang daripada kami ‘betullah Allah tak malu nak buat perumpamaan denga sekecil-kecil makhluk seperti nyamuk ini. Perkara kecil macam ini pun buat kita pening seminggu’.
Sahabat saya ini merujuk kepada ayat Allah dalam surah al-Baqarah : 26
إن الله لا يستحى أن يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها....
إن الله لا يستحى أن يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها....
“Sesungguhnya Allah tidak malu/segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu…”
Dan proses inilah membuat kami semakin sedar tentang kebesaran dan kebijaksanaan Allah. Kami juga amat kagum dengan kemukjizatan Al-Quran.
Moga-moga dalam proses belajar ini kami akan berjumpa dan mencapai matlamat makrifatullah lalu membuat hati-hati kami lebih tawaduk dan taqwa kepada Allah.
Wallahu’alam.
Mariam MS
6 Ramadan 1435H
6 Ramadan 1435H
4 Julai 2014
kredit foto : www.kaheel7.com
Nak tny sikit. Asal kata nyamuk adalah baudhun. Bila dah tukar kepada wehdah baudhotun.baudhun ni isim muannats sima' ke atau muzakkar. Dan bila dah tukar kepada wehdah,kena pakai dhomir apa ye. Kalau lihat dr ayat baqarah td kata gnt nama nya ha ghaibah.
ReplyDeleteLg, memang kena pakai dhomir utk perempuan sj ke bg isim wehdah.
Tq.
rahsia yg disembunyikan dr ayat mula bismillah smpai penutup difahami dgn cara berbeza, untuk memahami belajar la tinggi hujung piramid belum tentu dapat capai rahsia yg disembunyikan tu. . . tu la cara ilmu difahami bg yg layak Allah nak bagi fahami. . . surah al qiamah menjelaskan ilmu difahami bukan melalui akal semata2. . . hak tu milik pencipta ilmu nak dapat ke x. . . yg jelas
ReplyDeletefahami la nyamuk tu sendiri klau nk faham. . . pengorbanan seekor nyamuk betina untuk meneruskan zuriat. . . nyamuk jantan xhisap darah org. . . rahsia yg disembunyikan terletak pada perumpamaan mcm tu la. . . lembu betina, semut betina, nyamuk betina. . . semuanya ilmu dinisbahkan pada tempat dan saat perumpamaan dibuat. . xde keje nabi sulaiman bersembang dgn semut nak dicerita kalau xde maksud besar Allah nk tunjuk. . .
ReplyDelete