Bahasa Arab memang unik dan hebat. Hari ini jumpa lagi perkara yang menarik perhatian.
Dalam bahasa Arab terdapat pelbagai jenis kata nama. Salah satunya disebut sebagai isim Tasghir (اسم التصغير). -takde kena mengena dengan gila isim.
Isim tasghir digunakan untuk menunjukkan saiz yang kecil bagi sesuatu kata nama.
Ada bentuk binaan perkataan yang dah ditetapkan untuk nak menjadikan ia isim tasghir. Namun saya tidak bercadang membincangkannya di sini.
Contoh isim tasghir yang dekat di hati ialah nama Abu Hurairah, sahabat nabi. Asal gelaran nama beliau dari perkataan Hirrah (هرة) kucing betina dan menjadi Hurairah (هريرة) bermakna kucing betina KECIL.
Saya tertarik dengan kata nama yang ini. Ada kena mengena dengan kerja saya sekarang. Kata nama 'kuwaitib" (كويتب) berasal dari kaatibun (كاتب) penulis.
Apa makna kuwaitib?
Isim tasghir ini digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya menunjukkan saiz yang kecil, menunjukkan kasih sayang (seperti panggilan Ya bunaiya-wahai anak kecil) dan merendahkan martabat.
Kuwaitib termasuk isim tasghir yang bertujuan untuk merendahkan martabat. isim ini bermakna PENULIS YANG TIDAK HEBAT". frown emoticon
Aduhai, saya tak nak jadi KUWAITIB!
9 April 2014
No comments:
Post a Comment